Sunday, February 28, 2010

PENGUMUMAN

PENGUMUMAN
oleh Yusrika Bahar

Buat Tikus-Tikus Makmal

jam·ba·lay·a(j m b -l ) n. A Creole dish consisting of rice that has been cooked with shrimp, oysters, ham, or chicken and seasoned with spices and herbs.

Nope, it doesn’t have anything to do with cooking, or food for that matter, but the Electric Minds Project is back with an all new and original mix-up of tantalising short stories where nothing is quite what it seems! Join a group of dysfunctional siblings as they mourn one of their own in their uniquely different approach to family life or discover the two fools who live out in a junkyard. Find out who’s the daddy and hear the final words of a dying man, then take a look at what really happens after. Take a trip of contemplation through a hopeful past. See the terrors that unwary come up against in interviews and whether an apology can really fix anything at all. Unexpected, fiery and just downright odd are some of the ways to describe these stories about family, compassion and how crazy life can get. This is Jambalaya!

The Electric Minds Project presents its 4th production and the 2nd instalment of its Open Director Showcase series, a showcase of 8 short plays about life, love, apologies and friendship.


Listings information

Venue: The Annexe Gallery @ Central Market

Dates: Thursday 11th – Sunday 14th March 2010

Time: Evening shows 11 – 13th March @ 8.30pm
Matinee shows 13 – 14th March @ 3pm

Admission by donation of RM20
UNTK TIKUS-TIKUS MAKMAL = RM10.00 Sahaja!

Skrip ROJAK & CENDOL akan dipentaskan!!!!!!



p/s : Abang dah booking 15 tiket ( RM10.00 sahaja )
Kita akan pergi pada pukul 12.30tengahari, hari Sabtu 13 Mac 2010.
Naik bas rapid str8 ke Pasar Seni, RM8.00 pergi balik.

Bob & Fahmi sila ambil perhatian.

Friday, February 19, 2010

andai ada hari esok karya yusrika bahar

ANDAI ADA HARI ESOK
oleh Yusrika Bahar

Andai ada hari esok
Mahu kubutakan saja matanya
Mahu kujahit saja mulutnya
Mahu kutempangkan saja kakinya
Mahu kukudungkan saja tangannya
Mahu kutulikan saja telinganya
Agar dunia ini aman
Itu andai aku punya kuasa

Sedar diriku bukan tuhan
Atau pendeta yang sakti
Hanya manusia biasa yang tiada nama dipuncak
Tiada gelaran, tiada pangkat

Aku tak suka pada mereka yang memeras
Aku tak suka pada mereka yang menindas
Aku benci pada namanya peluru
Aku benci pada namanya bom
Aku benci pada namanya pemusnah
Aku jelek pada penghinaan
Aku muak pada ketamakan

Itu semua kerja orang bodoh
Itu semua kerja orang bangang

Andai ada hari esok
Mahu kuberitahu yang dunia ini kecil
Mahu kukhabarkan yang kita ini manusia
Mahu kulaungkan yang kematian itu pasti
Mahu kuberitakan yang semua milik Tuhan
Mahu kujerit yang...arrgghh!
Jangan biar kanak-kanak itu menangis
Jangan biar isteri kehilangan suaminya
Jangan biar lelaki menderita hilang cinta
Jangan biar impian musnah
Jangan biar pak tua punya cerita sedih
Jangan biar masa depan kita kelam
Kita manusia
Bukan binatang

Andai ada hari esok
Aku mahu semua orang tahu
Tiada siapa yang patut terpinggir
Tiada siapa yang patut tersisih
Tiada siapa yang patut terpulau
Kita hamba tuhan
Bukan hamba PERANG




Tepi tingkap rumah lumpur
IRAQ

sahabat karya amirul...

Sahabat
karya Amirul
KAKI TEATER PUTRAJAYA

perasaan tidak senang, gelisah, kecewa,

aku rasa tidak tenang
jika aku hadapi situasi ini
aku banyak berfikir ketika aku diam
tetapi aku tidak pasti yang aku fikir benar atau tidak

jika aku berkata
ada yang terasa
jika aku tersebut
ada yang menyebar

mengapa dunia ini begitu meluas kekejamannya?
aku tidak pernah rasa begini
hanya dengan masalah kawan,sahabat..
terlintas di fikiran ku untuk berputus asa dalam kehidupan

mereka kata aku sial
aku tersenyum
mereka kata aku bodoh
aku masih tersenyum
adakah aku hanya mampu tersenyum?

tetapi,bila aku bersuara
mulalah nak meradang,
naik darah,maki hamun,caci maki,merajuk,
kalau boleh semua kekejaman dan kesalahan orang lain...
di letakkan di atas nama aku?
f(x)?
apa hina sangat kah aku di mata dunia?

ada yang suka mendengar masalah orang lain,
dan ingin membantu

ada yang suka mendengar masalah orang lain,
dan tiada niat untuk membantu

ada yang suka mendengar masalh orang lain,
dan niatnya hanyalah untuk mendapat perhatian


ada lagikah orang yang sedar bahawa aku wujud?
masih adakah?

yang aku ada sekarang,
hanyalah.............tuhan


WEIRDO,PUTRAJAYA,
12:24, 20/2/2010

perempuan by weirdo

PEREMPUAN
karya amirul

perempuan , wanita , betina

satu definisi yg sama
tetapi lain makna
adakah mereka beban kepada lelaki?

aku yakin jika tiada wanita di dunia nescaya lelaki akan merana
dan aku percaya jika tiada wanita di dunia nescaya lelaki tiada arah tuju
aku tak kata yang perempuan ini membawa kebaikan
aku tak kata yang perempuan ini membawa keburukan

jika seseorang itu dipanggil perempuan
maka dia adalah seorang yang belum cukup matang di dalam kehidupan

jika seseorang itu dipanggil wanita
maka dia adalah seorang yang boleh dilepaskan oleh ibu bapa untuk hidup di luar

aku sendiri pun masih tidak pasti
aku masih buntu
aku masih tiada banyak pengalaman untuk memikir kan tentang ini

betina?
itu adalah diantara golongan wanita yang dianggap sama seperti binatang

kerana perempuan,
lelaki itu sanggup membunuh orang
lelaki itu sanggup menikam belakang kawan sediri
lelaki itu sanggup meninggalkan hidup mereka

dan perempuan atau wanita itu layak dipanggil betina

aku sekadar mengingati
kerana aku tidak berpihak kepada sesiapa
aku ingin lihat perubahan



WEIRDO,
9:08, putrajaya.
19/2/2010
ini puisi pertama,
mungkin ada banyak kelemahan,
hope korang enjoy,
thx

Thursday, February 18, 2010

pandangan sifu tntg kami...

KELAS ASAS TEATER RAKAN MUDA
oleh Yusrika Bahar

Salam Perpaduan.

Entri kali ini aku nak bercerita pasal anak-anak buah yang aku sayang. My first baby in Putrajaya. Aku bekerja bertaraf kerani saja di Rakan Muda, Putrajaya. Hasil restu Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kelas Asas Teater Kecergasan Rakan Muda berjalan setiap hari Sabtu pukul 9.00pagi hingga 12.00tengahari. F.O.C dan aku buat kerja ni secara sukarela dan mengisi masa lapang aku.

Aku gunakan segala macam pengalaman pentas yang aku kumpul sejak 1992 lagi untuk dikongsi bersama pelajar-pelajar kelas ini. Aku tak namakan diri aku sebagai cikgu sebab aku bukan graduan lulusan seni persembahan atau Teater, sebab bagi aku Teater adalah apabila ada orang berdiri dan menyampaikan sesuatu dan ada penonton. Jadi jangan tanya aku samada aku graduan ASWARA ke, Student Art Teater UiTM ke, SEGI ke atau Lim Kok Wing. Bukan! Pelajaran, modul aku adalah dari pengalaman dan pementasan yang aku usahakan serta jayakan.

Bercerita pasal anak buah ni, semua setakat ni adalah seramai 15 orang dan aku namakan mereka sebagai Tikus Makmal a.k.a Lab Rat. Kenapa? Entah, aku sendiri tak dapat beri jawapan yang sewajarnya. Faham-faham sajalah. Sepanjang kelas aku lanya mahu lihat bakat, komitmen dan kesungguhan. Tak kira samada kamu semua lelaki atau perempuan sejati, lembut, pengkid, gay, lesbian atau sebagainya..aku tak kisah itu semua. Masing-masing punya persepsi. Aku tak pandang kaum, latar belakang pendidikan mahupun agama dan tahap kewangan mereka. Senang sahaja Bakat, Komitmen, Kesungguhan dan Disiplin. Itu sahaja.

Tikus-tikus Makmal ini aku lihat sememangnya ada ciri-ciri yang aku perlukan cuma masalahnya mereka ini semua punya masalah tersendiri yang belum mampu mereka ketepikan sewaktu kelas. Ada tikus yang ketagihan Choki-Choki, tikus yang sentiasa aktif dan bergerak, tikus lemak, tikus 'cas cun', tikus 'touching', tikus tiga 'scrotum', tikus silat dan pelbagai ragam. Semuanya membuatkan aku jatuh hati pada mereka dan sayang untuk meninggalkan mereka dalam keadaan terkapai-kapai tanpa arah. Mereka inilah yang harus dididik dan diasuh agar benar-benar mampu menjadi aset berharga negara. Namun tikus-tikus makmal ini belum mampu lagi untuk melihat semua ni. Bagi mereka hanya keseronokan dan riang-ria. Banyak yang harus mereka fahami dan pelajari.

Samada mereka sedar atau tidak kesungguhan melakukan sesuatu perkara itu amat penting. Fokus yang terutama. Melakukan kajian dan ilmu sisipan dahulu baru bertanya. Ini tidak, ada yang bertanya sedangkan apa yang ditanya dan persoalan yang ditujukan telah kuterangkan awal-awal. Kalau kalian? Mahu terbakar seadanya. Teknik dan ilmu-ilmu sewajarnya telah aku berikan cuma tolong praktikkan dan letakkan penghargaan itu di tempat yang sewajarnya. Masing-masing ada kelebihan dan daya kreativiti yang sungguh mengagumkan tapi sayang semua tikus-tikus ini cepat berputus-asa, dan hanya memberi perhatian sekadar angin lalu. Benar atau tidak? Cabaran buat tikus-tikus makmal ini menyangkalnya.

Buktikan aku salah, buktikan yang kalian adalah tikus makmal yang berjaya dan mampu melengkapkan kajian. Buktikan kalian tikus makmal yang punya kesungguhan. Tikus yang boleh menumpukan sesuatu hingga berjaya. Buktikan!!!

Aku mahu lihat perubahan, aku mahu lihat keberhasilan dan aku mahu lihat bukti yang memberikan kejayaan.

CABARAN BUAT TIKUS MAKMAL.


p/s : Ketagihan Choki-Choki adalah satu penyakit yang sukar dirawat. Kajian sekumpulan saintis pakar di Andalusia membuktikan lelaki yang punya ketagihan ini 70% positif dijangkiti penyakit 3 scrotum. Putrajaya telah menemui seorang penagih yang punya 3 scrotum dan tidak mustahil rakan-rakan disekelilingnya juga bakal menerima nasib yang sama.

Monday, February 15, 2010

Nak tahu apa perjuangan kitaorang???

Kelas Asas Teater adalah salah satu cabang aktiviti kesenian dan kebudayaan dibawah Gaya Hidup Rakan Muda Seni Budaya. Projek ini juga sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan industri teater tanah air dengan memberikan penekanan bermula dari akar umbi. Aktiviti ini juga menggalakkan penyertaan para remaja dan meningkatkan pemahaman mereka mengenai dunia teater khususnya Teater Melayu.

Kelas Asas Teater ini juga adalah projek teater Bahasa Melayu yang melibatkan penyertaan setiap remaja ahli Kelab Rakan Muda Parlimen Putrajaya, Sukarelawan Rakan Muda dan juga peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Mereka akan diberi pendedahan mengenai teater secara asas oleh pengajar teater yang berpengalaman selama 10 bulan (sepanjang tahun 2010). Program ini berbentuk kemahiran dan juga berkonsepkan kesukarelaan. Pementasan Teater pula adalah kesinambungan daripada Kelas Asas Teater yang dijalankan. Pementasan ini pula bertujuan untuk mendedahkan peserta Kelas Asas Teater dalam proses untuk mementaskan skrip teater serta memberikan mereka pemahaman mengenai konsep pementasan. Selain itu, Projek ini juga diharapkan dapat melahirkan remaja yang mempunyai nilai tambah yang bukan sahaja dari sudut akademik, tetapi pemahaman mereka berkenaan budaya dan warisan bangsa. Kelas ini juga dapat mencungkil bakat-bakat pelajar dari sudut lakonan dan sastera.

Oleh yang demikian, program ini dijalankan atas dasar tanggungjawab untuk mendidik masyarakat serta para remaja mendalami dunia teater serta menghargainya. Disamping menggalakkan penyertaan dalam aktiviti yang menyihatkan serta menyemarakkan dunia teater tanah air serta salah satu aktiviti tahunan yang dirancang oleh Kelab Rakan Muda Parlimen Putrajaya.

Projek ini juga diharap dapat mencapai objektif utamanya dalam melahirkan pelajar yang mempunyai nilai tambah yang dapat membantu menjana kemajuan Negara.