Kelas Asas Teater ini juga adalah projek teater Bahasa Melayu yang melibatkan penyertaan setiap remaja ahli Kelab Rakan Muda Parlimen Putrajaya, Sukarelawan Rakan Muda dan juga peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Mereka akan diberi pendedahan mengenai teater secara asas oleh pengajar teater yang berpengalaman selama 10 bulan (sepanjang tahun 2010). Program ini berbentuk kemahiran dan juga berkonsepkan kesukarelaan. Pementasan Teater pula adalah kesinambungan daripada Kelas Asas Teater yang dijalankan. Pementasan ini pula bertujuan untuk mendedahkan peserta Kelas Asas Teater dalam proses untuk mementaskan skrip teater serta memberikan mereka pemahaman mengenai konsep pementasan. Selain itu, Projek ini juga diharapkan dapat melahirkan remaja yang mempunyai nilai tambah yang bukan sahaja dari sudut akademik, tetapi pemahaman mereka berkenaan budaya dan warisan bangsa. Kelas ini juga dapat mencungkil bakat-bakat pelajar dari sudut lakonan dan sastera.
Oleh yang demikian, program ini dijalankan atas dasar tanggungjawab untuk mendidik masyarakat serta para remaja mendalami dunia teater serta menghargainya. Disamping menggalakkan penyertaan dalam aktiviti yang menyihatkan serta menyemarakkan dunia teater tanah air serta salah satu aktiviti tahunan yang dirancang oleh Kelab Rakan Muda Parlimen Putrajaya.
Projek ini juga diharap dapat mencapai objektif utamanya dalam melahirkan pelajar yang mempunyai nilai tambah yang dapat membantu menjana kemajuan Negara.
No comments:
Post a Comment