Friday, February 19, 2010

andai ada hari esok karya yusrika bahar

ANDAI ADA HARI ESOK
oleh Yusrika Bahar

Andai ada hari esok
Mahu kubutakan saja matanya
Mahu kujahit saja mulutnya
Mahu kutempangkan saja kakinya
Mahu kukudungkan saja tangannya
Mahu kutulikan saja telinganya
Agar dunia ini aman
Itu andai aku punya kuasa

Sedar diriku bukan tuhan
Atau pendeta yang sakti
Hanya manusia biasa yang tiada nama dipuncak
Tiada gelaran, tiada pangkat

Aku tak suka pada mereka yang memeras
Aku tak suka pada mereka yang menindas
Aku benci pada namanya peluru
Aku benci pada namanya bom
Aku benci pada namanya pemusnah
Aku jelek pada penghinaan
Aku muak pada ketamakan

Itu semua kerja orang bodoh
Itu semua kerja orang bangang

Andai ada hari esok
Mahu kuberitahu yang dunia ini kecil
Mahu kukhabarkan yang kita ini manusia
Mahu kulaungkan yang kematian itu pasti
Mahu kuberitakan yang semua milik Tuhan
Mahu kujerit yang...arrgghh!
Jangan biar kanak-kanak itu menangis
Jangan biar isteri kehilangan suaminya
Jangan biar lelaki menderita hilang cinta
Jangan biar impian musnah
Jangan biar pak tua punya cerita sedih
Jangan biar masa depan kita kelam
Kita manusia
Bukan binatang

Andai ada hari esok
Aku mahu semua orang tahu
Tiada siapa yang patut terpinggir
Tiada siapa yang patut tersisih
Tiada siapa yang patut terpulau
Kita hamba tuhan
Bukan hamba PERANG




Tepi tingkap rumah lumpur
IRAQ

No comments:

Post a Comment